Cerita tentang pak saneh peternak ayam teladan
B. Indonesia
Nandnu5rul7a
Pertanyaan
Cerita tentang pak saneh peternak ayam teladan
1 Jawaban
-
1. Jawaban Fadhelnetters
Pada suatu hari, Sang Ayam sedang berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Tanpa disedarinya, Sang Helang sedang memerhatikan tingkah laku Sang Ayam. Sang Ayam terus berjalan mencari cacing namun gagal.Sang Helang yang sedang asyik memerhati perbuatan Sang Ayam itu terus terbang menghampiri Sang Ayam. Sang Helang mengajak Sang Ayam untuk terbang bersama-samanya mencari makanan. Namun begitu, Sang Ayam memberitahu bahawa dia tidak boleh terbang seperti Sang Helang kerana sayapnya kecil.
Sang Helang pun memberitahu Sang Ayam bahawa dia mempunyai sebatang jarum emas ajaib. Sang Helang menggunakan jarum emas itu untuk menjahit sayapnya supaya menjadi besar dan lebar sehingga dia boleh terbang tinggi di udara. Sang Ayam sangat tertarik dengan jarum itu dan meminta Sang Helang supaya sudi meminjamkannya. Sang Helang yang baik hati itu terus meminjamkan jarum emasnya kepada Sang Ayam. Sang Helang meminta Sang Ayam supaya menjaga jarum emas itu dan tidak menghilangkannya. Sang Ayam berjanji untuk menjaga jarum emas itu dengan baik dan akan memulangkannya pada petang nanti.